Sunday, July 24, 2011

Ramadan dan kelebihan di bulan itu

Syaaban akan meninggalkan kita. Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan atau dikenali juga sebagai bulan puasa.

Rakan-rakan

Ramadan adalah bulan umat Muhammad SAW.

Bersabda Rasulullah SAW bermaksud, “Apabila tiba bulan Ramadan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.”

Sabda baginda dalam hadis yang lain, “Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadan.”

  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1,000 kali ganda.
  • Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
  • Ramadan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.
  • Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
  • Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
  • Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada didalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
  • Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
  • Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  • Menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

Sama-samalah kita merebut ganjaran yang ditawarkan oleh Allah Taala kepada kita umat Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah, keampunanNya dan paling utama pembebasan dari siksa api neraka.

Wallahualam.

[Sumber: Dairi Islamiah]

Friday, July 1, 2011

Syaaban dan kelebihan amalan di bulan itu

Rejab sudah sampai dipenghujung dan kita akan menyambut Syaaban pada 03/07/2011.

Masjid 2a

Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w.

Bersabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya, “Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana didalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.”

  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
  • Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.
  • Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
  • Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Sama-samalah kita mencari keredhaan Allah Taala. Semoga amalan kita walau sekecil mana sekali pun di terima oleh-Nya.

Wallahualam.

[Sumber: Diari Islamiah]

Wednesday, May 18, 2011

Rejab dan amalan sunat di bulan itu

Bulan Rejab akan muncul tidak lama lagi. Banyak amalan sunat yang boleh kita sebagai umat Islam lakukan di bulan itu.

No1338

Rasulullah SAW bersabda:“Rejab adalah bulan Allah. Sya’ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku.”

Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini (Rejab) dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW maksudnya,

  1. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.
  2. Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.
  4. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya.
  5. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukakan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.
  6. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.
  7. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.
  8. Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.
  9. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.
  10. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.
  11. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dari peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikhraj Rasulullah SAW.

Sama-samalah kita merebut ganjaran yang Allah SWT tawarkan. Kita mulakan dengan yang mudah kepada kita. Sedikit demi sedikit kita tambah amalan itu. Demi kebaikkan kita dunia dan akhirat.

Wallahualam.

[Sumber: Diari Islamiah]

Tuesday, April 26, 2011

Kelebihan Solat

Diantara kelebihan solat:

Sesungguhnya solat itu merupakan kebanggaan Allah s.w.t. kepada malaikatnya terhadap orang yang solat.
Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Malaikat berganti-ganti mencatat amalan kamu.
Dalam riwayat Ahmad pula: Para malaikat berganti-ganti mencatat amalan kamu iaitu mereka bergilir-gilir – satu malaikat pada waktu malam dan satu malaikat pada waktu siang dan mereka berhimpun pada waktu solat Subuh dan solat Asar, kemudian mereka yang bermalam bersama kamu naik mengadap Allah s.w.t., maka Allah menyoal mereka – pada hal mereka mengetahui – dengan firman-Nya: Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu semasa kamu tinggalkan mereka? Para malaikat menjawab: Kami meninggalkan mereka dalam keadaan mereka menunaikan solat dan kami mendatangi mereka juga dalam keadaan mereka bersolat.
[Riwayat Syaikhan]

Masjidi Haram

Abi Hurairah r.a. telah berkata: Beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman: Aku telah membahagikan solat itu kepada 2 bahagian: untuk hambaKu apa yang diminta.


Apabila hambaKu berkata:
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِي
(Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.)
Allah berfirman: HambaKu telah memujiKu. 

Apabila hambaKu berkata:
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ   
(Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.)
Allah Ta’ala berfirman: HambaKu menyanjung Aku.

Dan apabila hambaKu berkata: 
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
(Yang menguasai hari pembalasan.)
Firman Allah: HambaKu telah memuliakanKu. FirmanNya lagi: HambaKu telah menyerah kepadaKu.

Apabila hambaKu berkata:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِي
(Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.)
Allah s.w.t. berfirman: Ini adalah antaraKu dan hambaKu dan untuk hambaKu apa yang diminta,

dan apabila hambaKu berkata:
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيم ,صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
(Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni’mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat (Nasrani).)
Allah s.w.t. berfirman: Ini untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang diminta.
[Riwayat Muslim]

Solat itu nur (cahaya) bagi seseorang mukmin di dunia dan di akhirat.

Abu Malik Al-Ashari r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: kebersihan itu sebahagian daripada iman, ucapan “Subhanallah dan Alhamdulillah itu memenuhi seseorang antara langit dan bumi dan solat itu nur adalah cahaya.
[Riwayat Muslim]

Ibnu Umar meriwayatkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sesiapa yang memelihara sembahyang, maka beliau akan memperolehi cahaya dan tanda (ahli syurga) dan kelepasan daripada api neraka pada hari kiamat kelak.
[Riwayat Ahmad]

Wallahualam.

(Sumber: Keistimewaan Umat Muhammad Siri Kedua)

Tuesday, February 22, 2011

Rahsia angka 10 [bahagian 2]

No1219

10 Jenis Ganjaran Kerana Memuliakan Zulhijjah

Berkata sebahagian ulamak, “Sesiapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah nescaya ia akan dianugerahkan oleh Allah dengan 10 jenis keistimewaan iaitu…..

  1. Berkat pada umurnya.
  2. Bertambah rezekinya.
  3. Kehidupan rumah tangganya akan terjamin.
  4. Dapat membersihkan diri dari dosa serta kesalahan yang lepas.
  5. Amal ibadat serta kabajikannya akan digandakan.
  6. Allah akan memudahkannya pada saat sakaratul maut.
  7. Allah akan menerangi kuburnya selama ia berada di alam barzakh.
  8. Allah akan memberatkan timbangan amal kebajikannya bila berada di mahsyar.
  9. Selamat dari kejatuhan kedudukannya di dunia.
  10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

10 Sebab Kenapa Doa Ditolak Oleh Allah S.W.T.

Berkata Ibrahim b. Adham, “Wahai penduduk Basrah! Hati kamu semua telah mati kerana ditutupi oleh 10 perkara, oleh sebab itulah doa kamu tidak diperkenankan Allah. Ketahuilah 10 perkara itu ialah…..

  1. Kamu semua telah mengenal Allah tetapi kamu tidak pernah menunaikan hak-hakNya.
  2. Kamu semua membaca al Quran tetapi tidak pernah mengambil iktibar dan pengajaran daripada isi kandungannya.
  3. Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi sebaliknya kamu telah meninggalkan sunnahnya.
  4. Kamu semua mengaku bahawa syaitan itu adalah musuh ketat kamu tetapi masih ada diantara kamu yang mengikuti jejak langkahnya.
  5. Kamu semua terlalu mengharapkan syurga tetapi tidak pernah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan kamu ke syurga.
  6. Kamu semua menyangka bahawa kamu akan terselamat dari neraka jahannam tetapi diantara kamu masih ada yang melakukan amalan-amalan ahli neraka.
  7. Kamu semua juga mengaku bahawa kematian itu adalah perkara benar tetapi sedikitpun kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
  8. Kamu semua sentiasa saja mencari keburukan dan kecelaan saudara-saudara kamu tetapi tidak pernah cuba mencari kecelaan sendiri.
  9. Kamu semua telah merasai dengan begitu banyak sekali nikmat pemberian dari Allah S.W.T tetapi tidak pernah sekalipun kamu mahu bersyukur kepadaNya.
  10. Kamu semua telah mengusungkan jenazah ke perkuburan lalu mengkebumikannya tetapi kamu tidak pernah mahu mengambil iktibar dari peristiwa itu.

###########################################

10 Jenis Kelebihan Menghubungkan Silaturrahim

  1. Mendapat keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim demikian juga dengan penduduk langit dan bumi.
  2. Menggembirakan para malaikat kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim.
  3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.
  4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
  5. Menambah keberkatan pada rezekinya.
  6. Allah akan melanjutkan usianya.
  7. Menjadikan Iblis bertambah gelisah dan sakit hatinya.
  8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
  9. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh kerana mereka amat menyukai kepada silaturrahim.
  10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih afdal melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.

(Sumber: Diari Islamiah 1998)

Saturday, February 19, 2011

Rahsia angka 10 (bahagian 1)

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah

No1149

Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menghalangnya dari mengerjakan perbuatan keji dan mungkar maka sesungguhnya solat itu hanyalah menambahkan kemurkaan Allah kepadanya dan ia semakin jauh dari Allah.”

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang lain, “Sesiapa yang memelihara solatnya maka solat itu akan menjadi cahaya, petunjuk dan jalan selamat baginya tetapi bagi sesiapa yang tidak memelihara solatnya maka solat itu tidak akan memberi cahaya, petunjuk dan jalan selamat untuknya.”

Sabda Rasulullah s.a.w., “10 golongan yang tidak diterima solatnya oleh Allah S.W.T. iaitu…..

  1. Orang lelaki yang solat sendirian dengan tidak membawa (memakai) sesuatu.
  2. Orang lelaki yang menunaikan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang menjadi imam sedangkan makmum dibelakang membencinya.
  4. Orang lelaki (hamba) yang melarikan diri dari tuannya.
  5. Orang lelaki yang meminum arak dan tidak mahu meninggalkannya (bertaubat).
  6. Orang perempuan yang suaminya masih marah kepadanya.
  7. Orang perempuan yang menunaikan solat tanpa memakai tudung.
  8. Orang lelaki yang menjadi imam atau pemimpin tetapi berlagak sombong, zalim serta suka menganiaya.
  9. Orang yang suka memakan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak boleh menahannya dari melakukan perbuatan keji dan munkar.”

############################################

10 Jenis Golongan Termasuk Kafir

Sabda Rasulullah s.a.w., “Ada 10 jenis golongan manusia dari umatku ini yang mana mereka telah termasuk dalam golongan kafir terhadap Allah sedangkan mereka masih mengira bahawa mereka adalah dari golongan yang beriman. Mereka itu ialah…..

  1. Membunuh tanpa jalan hak (batil).
  2. Tukang sihir.
  3. Suami yang tidak merasa cemburu terhadap isterinya (dayus).
  4. Orang yang menahan dirinya dari mengeluarkan zakat.
  5. Orang yang meminum arak.
  6. Orang yang telah cukup syarat untuknya menunaikan haji tetapi masih mahu menangguhkannya lagi.
  7. Orang yang suka membuat fitnah.
  8. Orang yang menjual senjata kepada musuhnya (belot).
  9. Orang yang bersetubuh dengan isterinya melalui dubur.
  10. Orang yang menikahi perempuan yang menjadi muhrim kepadanya (ada hubungan kekeluargaan).

############################################

10 Jenis Kecelaan Meminum Arak

Imam Abu Laits telah memperingatkan tentang 10 kecelaan akibat dari meminum arak iaitu…..

  1. Peminum arak akan menjadi seperti orang gila kerana akalnya tidak berfungsi dengan baik dan tercela pada pandangan orang waras.
  2. Meminum arak adalah perbuatan membazir kerana membeli sesuatu yang tidak membawa manfaat malah mendatangkan mudarat.
  3. Boleh menimbulkan permusuhan dan persengketaan.
  4. Menjadikan peminumnya lalai dari mengerjakan solat dan mengingati Allah.
  5. Boleh menjerumuskan seseorang itu ke lembah perzinaan serta berlakunya keruntuhan rumahtangga.
  6. Arak adalah anak kunci pada segala kejahatan, bila akal  sudah tidak waras maka peminumnya akan melakukan apa sahaja seperti merompak, merogol, membunuh dan sebagainya.
  7. Meminum arak menyebabkan malaikat menjauhkan dirinya dari kita maka bagaimanakah nasib kita bila rahmat Allah semakin jauh.
  8. Peminum arak akan dijatuhi hukuman rotan sebanyak 80 sebatan, jika ia terlepas di dunia maka di akhirat kelak ia akan mendapat balasan yang lebih dahsyat lagi.
  9. Selama 40 hari amal kebajikannya tidak akan diangkat oleh malaikat kepada Allah.
  10. Dikhuartirkan ia akan mati dalam keadaan kafir sebelum sempat bertaubat.

(Sumber: Diari Islamiah 1998)

Bersambung…..

Sunday, February 13, 2011

Nabi Adam A.S. [akhir] Selamat tinggal Kg. Syurga

Apabila Adam dan Hawa melanggar larangan Allah maka secara tidak langsung syurga bukan lagi merupakan tempat tinggal untuk mereka berdua.

Iblis telah berjaya memperdaya datuk dan nenek manusia sehingga mereka terpaksa meninggalkan kampong halaman asal manusia.

No1096

Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa dan memerintahkan mereka turun ke bumi untuk menjadi ibu dan bapa kepada hamba-hamba Nya yang bernama manusia.

Bila berada di bumi, Adam dan Hawa menghadapi cara hidup yang amat berlainan dengan hidup di syurga.

Mereka merupakan perintis yang ditetapkan oleh Allah untuk menempuh hidup di dunia yang fana dengan segala suka dan dukanya.

Dari zuriat mereka akan berkembang umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya. Yang berlainan bangsa, warna kulit dan bahasa.

Manusia yang saling tindas-menindas, musuh-memusuhi dan saling bunuh-membunuh sesama sendiri.

Dari waktu ke waktu, Allah mengutuskan nabi-nabi Nya dan rasul-rasul Nya untuk memimpin hamba-hamba Nya ke jalan yang lurus penuh damai dan kasih sayang.

Nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdiri dari kalangan manusia juga, ditugaskan oleh Allah untuk membawa manusia kembali ke kampong halaman asal manusia.

Perkampongan Syurga!

Bukan semua yang akan kembali kesana. Cuma hamba-hamba Nya yang mengikuti jalan yang lurus akan kembali menghuninya.

Yang segelintir lagi yang mengikuti hawa nafsu dan bujukan Iblis Laknatullah akan bersama-sama dengan penghulu mereka di neraka. Nauzubillahi min zalik.

Iblis Laknatullah dicampakkan ke bumi. Sebelum itu dia telah memohon beberapa permintaan kepada Allah.

Iblis berkata

Allah berfirman

“Binalah bagiku sebuah rumah”.

“Aku jadikan tandas-tandas sebagai rumah engkau”.

“Jadikan bagiku tempat perhimpunan”.

“Aku jadikan pasar-pasar dan perhimpunan ditepi-tepi jalan sebagai medan perhimpunan engkau”.

“Sediakan bagiku makanan”.

“Aku jadikan makanan engkau daripada makanan yang dimakan tanpa menyebut nama-Ku”.

“Jadikan bagiku minuman pula”.

“Minuman engkau ialah setiap air yang memabukkan”.

“Jadikan bagiku tukang azan”.

“Seruling adalah tukang azanmu”.

“Jadikan bagiku sebuah al-Quran”.

“Syair-syair adalah al-Quran engkau”.

“Berilah aku kitab”.

“Tatu yang dilukis oleh manusia dimana-mana anggota badannya Aku jadikan kitab engkau”.

Iblis seterusnya mahu supaya Allah menjadikan baginya hadith-hadith lalu Allah menjadikan kata-kata dusta sebagai hadithnya.

Selain itu Iblis turut meminta disediakan baginya rasul-rasul. Lalu Allah menjadikan para tukang tilik sebagai rasulnya.

Akhir sekali Iblis berkata, “Wahai Allah! Jadikan bagiku satu perangkap”.

Lalu Allah menyatakan, “Jadikanlah para wanita yang lemah itu sebagai perangkap engkau”.

“Tok rasa cukup le sampai disini sahaja kisah Nabi Adam A.S. Dah dekat seminggu tok ceritakan kisah ini”.

“Terima kasih le tok. Banyak juga ikhtibar yang kami dapat”. Along menyatakan.

“Tok tak nak sambung kisah nabi-nabi yang lain ke?” Angah bertanya.

“Betul tok! Takkan cerita Nabi Adam sahaja?” Alang mencelah.

“Tok mesti ada cerita lain nanti. Tunggu je”. Su berkata.

TAMAT.

(Permintaan Iblis bersumber dari Kisah Orang Soleh-Jab. Mufti Kerajaan Negeri NSDK)

Friday, February 11, 2011

Petua memilih kawan

Berkata Hukamak:
“Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ia seorang yang soleh atau tidak maka tidak perlulah engkau bertanya di sana-sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya itu.”

No1201

Berkata Ulama:
“Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu.
Kedua ialah orang yang engkau sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterimanya daripadamu dan diamalkan.
Ketiga ialah orang yang engkau tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan engkau sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, larilah kamu daripadanya.”

Petikan Dari Nasihat Al Qomah Kepada Puteranya:
Berpesan Al Qomah kepada puteranya, “Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

  1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
  2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka ia akan segera mengusahakannya.
  3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
  4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.
  5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
  6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
  7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.
  8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.
  9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
  10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

(Sumber: Diari Islamiah) 

Thursday, February 10, 2011

Musuh Iblis dan rumah yang tidak dimasuki Iblis

Musuh-musuh Iblis Laknatullah

  1. Rasulullah s.a.w. sendiri
  2. Orang beriman yang pengasih dan penyayang.
  3. Orang beriman yang suka memberi nasihat.
  4. Orang beriman yang sentiasa bertaubat di atas dosanya.
  5. Orang beriman yang berakhlak mulia.
  6. Orang beriman yang banyak bersedekah.
  7. Orang beriman yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
  8. Orang beriman yang sentiasa berwuduk.
  9. Orang beriman yang tidak mahu melakukan sesuatu yang haram.
  10. Orang beriman yang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.
  11. Ketua negara atau pemerintah atau imam yang adil.
  12. Orang kaya yang rendah hati.
  13. Peniaga yang jujur dan amanah.
  14. Orang beriman yang beristiqomah dalam membaca al Quran.
  15. Orang yang bangun solat di waktu tengah malam sedang orang lain tidur.

No1138

Rumah yang tidak dimasuki Iblis Laknatullah

  1. Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan diantara satu sama lain.
  2. Rumah yang penghuninya berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah.
  3. Rumah yang penghuninya sentiasa menjauhkan diri dari melakukan perbuatan tercela.
  4. Rumah yang penghuninya sentiasa merendah diri kepada Allah.
  5. Rumah yang penghuninya tidak melakukan perbuatan haram.
  6. Rumah yang penghuninya terdiri dari pasangan soleh dan solehah.
  7. Rumah yang penghuninya sentiasa berbakti kepada ibu bapa.
  8. Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.
  9. Rumah yang penghuninya sentiasa menghubungan tali silaturahim.
  10. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah.

(Sumber: Diari Islamiah 1998)

Wednesday, February 9, 2011

Sahabat Iblis dan pintu hati yang dimasuki Iblis.

Sahabat-sahabat Iblis Laknatullah.

  1. Orang kaya yang sombong.
  2. Peminum arak.
  3. Hakim yang tidak adil.
  4. Peniaga yang tidak jujur.
  5. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
  6. Orang yang meringankan solat.
  7. Orang yang memakan harta anak yatim
  8. Orang yang beramal kerana nama.
  9. Orang yang suka duduk termenung dan mengelamun.
  10. Penghasud dan pendengki bilamana orang lain mendapat kesenangan.

No1194

Pintu hati manusia yang dimasuki Iblis Laknatullah

  1. Putus asa dan kecewa dengan Rahmat Allah.
  2. Memandang remeh pada dosa-dosa kecil.
  3. Panjang angan-angan dan suka kepada puji-pujian.
  4. Bodoh tetapi tidak menyedari pula akan kebodohannya itu.
  5. Memandang rendah pada orang lain.
  6. Merasa gembira bila mendapat ujian dari Allah (harta/pangkat/kuasa).
  7. Ketika kita sedang marah kerana marah itu adalag dari bara api neraka.
  8. Ujub, sombong, riya dan buruk sangka pada orang lain.
  9. Terlalu cinta dan rakus pada kehidupan dunia ini.
  10. Bersikap bakhil dengan harta yang diperolehinya.

(Sumber: Diari Islamiah 1998)

Monday, February 7, 2011

Nabi Adam A.S. [Bab 7] Best actor sepanjang zaman

“Atok nak sambung cerita Nabi Adam petang ni?” Along bertanya pada atoknya setelah dua hari berlalu.

“Kamu semua tunggu atok kat tempat biasa lepas asar.”

Petang itu semua cucu-cucu atok telah bersedia di pangkin kat bawah rumah.

“Semua dah minum petang ke?” tanya atok.

“Kami masih kenyang lagi le tok. Atok nak minuman ke?” Tanya  Angah.

“Tak pe. Tok pun masih kenyang juga. Ok. Tok nak cerita tentang aktor terbaik sepanjang zaman.”

Adam dan isteri di dalam syurga dan aksi Iblis.

Adam dan isteri baginda, Hawa dibenarkan mendiami syurga dengan segala kenikmatan yang disediakan oleh Allah.

Kebahagian yang anugerahkan oleh Allah dan dikecapi oleh Adam membuatkan Iblis semakin membuak-buak rasa irihati dan dengkinya kepada baginda.

Ada riwayat mengatakan bahawa Iblis masih bebas untuk menyelinap masuk (dengan izin Allah) kedalam syurga walaupun telah dihalau keluar dari sana.

No1110

Lalu Iblis laknatullah pun mula menyucuk jarum-jarum penyesatkan kedalam Adam dan Hawa.

Dipujuk kedua suami isteri itu dengan kata-kata manis. Dirayu dengan lembut.

Didatangi kedua-duanya dari hadapan, dari belakang dan dari segenap penjuru hati mereka.

Segala usaha dilakukan untuk membuat Adam dan Hawa memakan buah terlarang.

Tanpa berputus asa Iblis terkutuk mendatangi Adam dan Hawa memujuk rayu.

Ditunjukkan pohon  terlarang itu kepada kedua-duanya. Diperlihatkan kecantikkan bentuk buah dan keharuman pohon berkenaan.

Dikatakan kepada kedua-duanya bahawa Allah melarang mereka memakan buah dari pohon larangan bukan kerana apa, cuma kerana mereka akan menjadi malaikat dan hidup kekal abadi didalam syurga.

Ada riwayat mengatakan, Hawa dahulu yang termakan pujuk rayu, kata-kata lembut dan manis Iblis laknatullah.

Sesudah itu Hawa pun memujuk pula suaminya untuk memakan buah dari pohon larangan itu.

Disebabkan mereka memakan buah terlarang maka Adam dan Hawa menerima celaan dari Allah.

Mereka berdua mendapat celaan kerana Allah telah melarang keduanya untuk mendekati pohon dan memakan buah dari pohon tersebut. Dan terutamanya mereka berdua juga telah diingatkan bahawa Iblis dan syaitan adalah musuh mereka yang nyata.

Maka tersedarlah mereka bahawa mereka telah melanggar perintah Allah.

Adam dan Hawa menyesal kerana mendengar dan termakan pujuk rayu Iblis lalu melanggar perintah Allah.

Maka mereka memohon ampun dari Allah dengan mengatakan bahawa mereka telah menganiaya diri mereka sendiri dan jika Allah tidak mengampunkan mereka maka mereka akan tergolong didalam golongan orang-orang yang rugi.

Bersambung.

Thursday, February 3, 2011

Hikmah berselawat

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w. dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.” (al Ahzab 56)

Bersumberkan dari At Taiyimi katanya, “Apabila mereka berselawat ke atas Nabi s.a.w. maka para malaikat pun turut berselawat bersama mereka sehinggalah mereka selesai berselawat.”

Masjid Nabawi Madinah 2

  1. Satu kali selawat Allah akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
  2. Satu kali selawat Allah akan mengangkatkannya dengan 10 darjat.
  3. Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
  4. Doa orang yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung diantara langit dan bumi.
  5. Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti.
  6. Akan mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w. di hari kiamat nanti.
  7. Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmatNya pada mereka yang berselawat untuk Nabi s.a.w.
  8. Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada.
  9. Dapat membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah.
  10. Mewariskan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya.
  11. Akan terselamat dan terpelihara dari segala apa yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
  12. Dengan membaca selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
  13. Akan mendapat nur yang bersinar-sinar di hati bila kita berselawat 100 kali dengan bersungguh-sungguh.
  14. Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bila kita berselawat sebanyak 10 kali.
  15. Allah akan meluas dan melapangkan rezekinya dari sumber-sumber yang tidak diketahui.
  16. Allah akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di hari kiamat.
  17. Mendapat keberkatan dari Allah bagi dirinya dan juga untuk keluarganya.
  18. Mendapat rasa kasih sayang dari hati-hati orang mukmin terhadapnya.
  19. Akan mendekatkan dirinya dengan Telaga Haudh (Telaga Rasulullah s.a.w.) serta dapat pula meminum-nya di hari kiamat nanti.
  20. Dapat melepaskan diri seseorang itu dari tergelincir semasa melalui titian Sirat dan ia dengan selamat menuju ke syurga.

(Sumber: Diari Islamiah 1998)

Monday, January 31, 2011

Fadhilat berzikir

Sabda Rasulullah S.A.W.:
”Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah Hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar didalam syurga.”  (H.R. Muslim)

No1139

Surah Al Ahzab (Golongan yang bersekutu): ayat 35 yang bermaksud:
”….., laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”

Fadhilat2

  1. Akan mendapat keredaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman didalam jiwa.
  2. Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  3. Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
  4. Akan dapat merasakan betapa besar, agong, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
  5. Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada didalam kesusahan dan kedukaan.
  6. Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
  7. Akan memperolehi pohon tamar didalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.
  8. Akan mendapat nur (cahaya) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
  9. Dapat membina rumah dan juga istana didalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  10. Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
  11. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  12. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  13. Dapat menyibukan lidah dari bercakap, mengumpat dan berkata yang sia-sia.
  14. Dapat menghilangkan perasaan rungsing yang bersarang didalam hatinya.
  15. Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
  16. Dapat menjauhkan diri dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  17. Dapat menghapuskan dosa-dosa serta maksiat kecil.
  18. Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
  19. Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
  20. Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firmanNya, “Ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu.”

(Sumber: Diari Islamiah 1998)

Saturday, January 29, 2011

Nabi Adam A.S. [Bab 6] Kampong Syurga

“Nabi Adam tu mesti seorang yang handsome dan bijak. Betul tak tok?” Su bertanya atoknya.

“Mestilah Su. Kita tahu Nabi Yusuf A.S. seorang nabi yang kacak  menawan. Sehingga isteri pembesar Mesir dan wanita-wanita kenamaan Mesir tergoda dan tertawan dengan kekacakkan dan kecantikkan baginda. Itu anugerah Tuhan kepada baginda. Ada  riwayat yang mengatakan kekacakkan Nabi Yusuf cuma satu pertiga dari kekacakkan Nabi Adam. Kan Nabi Adam Allah SWT ciptakan dengan Tangan-Nya sendiri.”

“Nabi Adam seorang yang bijak. Segala ilmu yang diperlukan manusia untuk menjadi khalifah di bumi Allah berikan kepada baginda. Sebagai bekalan untuk Adam dan anak-anak keturunannya memakmurkan bumi.”

“Tok sambung le lagi cerita Nabi Adam tu.” celah Along.

Adam di Syurga.

Selesailah kuiz diantara Adam dan para malaikat. Para malaikat tidak lagi mempertikaikan kemampuan Adam, ciptaan dan calon Allah untuk menjadi khalifah di bumi.

Adam dipersilakan masuk ke syurga. Allah membenarkan Adam tinggal di syurga dan menikmati segala apa yang berada didalamnya. Makan dan minum apa sahaja yang ada disana. Segala jenis buah-buahan yang lazat-lazat, mengikut citarasa sendiri.

Maka duduklah Adam didalam syurga. Menikmati segala keindahan syurga dengan segala burung-burung dan lain-lain haiwan disana.

IMG_0720 2

Adam memerhatikan segala apa yang ada di syurga. Walaupun  segala nikmat ada di dalam syurga tetapi Adam terasa seperti ada kekurangan pada diri baginda,

Diperhatikannya burung-burung terbang berpasangan. Gembira terbang kesana-kemari bersama pasangan masing-masing. Bersuka ria dengan pasangan yang dianugerahkan Allah kepada mereka.

Adam terasa kesunyian dan kesepian .

Terasa perasaan itu semasa menikmati keindahan syurga anugerah Allah, kesunyian dan kesepian melakukannya keseorangan.

Maka diciptakanlah oleh Allah, Hawa. Menjadi pendamping dan teman hidup Adam. Menghilangkan kesunyian dan kesepian Adam.

Menurut riwayat, Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk sebelah kiri Adam. Sewaktu Adam lena tidur.

Maka gembiralah Adam mendapat isteri anugerah Allah.

Sememangnya manusia memerlukan teman hidup sebagai pelengkap kehidupan. Untuk mendampinginya, memberikan kebahagian dan mengisi keperluan hidup sesuai dengan kehendak Allah.

Tinggallah Adam bersama isterinya Hawa di syurga. Menikmati kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya.

Cuma Adam diperingatkan dan dilarang untuk mendekati satu pohon sahaja didalam syurga. Ada yang mengatakan pohon itu adalah pohon khuldi.

Pohon yang akan menyebabkan Adam dan Hawa celaka dan termasuk orang-orang yang zalim. Wallahualam.

“Tok penat le petang ni. Cukup le sampai kat sini dulu.”

“Tak apa le tok. Tok rehat dulu. Tok nak air atau apa-apa?” Angah bertanya.

“Terima kasih le Ngah. Tok nak relak je sekejap.”

“Tok tak payah le sambung cerita esok. Kira cuti rehat.” Alang  buat kelakar.

“Betul tu tok.” Su menambah.

“Hahaha.” Atok ketawa dengan karenah cucu-cucunya.

Tuesday, January 25, 2011

Nabi Adam A.S. [Bab 5] Kuiz antara Adam Malaikat

Petang ini nenek telah sediakan biskut siput yang digemari oleh cucu-cucunya sebagai penyedap mulut. Nenek juga sediakan milo.

“Tok, kita minum dulu!” Along mencadangkan.

“Boleh juga. Tok nak juga rasa biskut nenek kamu ni.”

“Semalam tok kata nak ceritakan pasal kuiz yang diadakan antara Nabi Adam dan para malaikat. Kenapa perlu ada kuiz tok?” Su bertanya.

Maka atok pun memulakan sambungan kisah Nabi Adam a.s……

Kuiz antara Nabi Adam dan para malaikat.

Para malaikat kurang yakin dengan kemampuan makhluk baru ini. Makhluk yang akan dijadikan khalifah untuk bumi.

Perlu diingatkan bahawa para malaikat adalah makhluk yang selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama Allah tanpa henti-henti.

Mereka berkeyakinan bahawa makhluk baru ini iaitu manusia akan saling bunuh-membunuh untuk menguasai kekayaan bumi samada yang berada dipermukaannya atau yang terpendam didalamnya.

Manusia akan merosakkan dan menghancurkan bumi yang Allah ciptakan itu.

Untuk menghilangkan persepsi para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran Allah memilih Adam dan keturunan-keturunannya sebagai penguasa bumi maka diadakan satu kuiz.

Adam diajar nama-nama benda yang berada di alam semesta. Ada riwayat menyatakan segala nama benda-benda di bumi pada masa itu dan dimasa akan datang. Wallahualam.

Allah memperlihatkan benda-benda tersebut kepada para malaikat dan menduga mereka supaya menyebutkan nama benda-benda itu kepada-Nya.

Para malaikat tidak dapat menyahut cabaran Allah SWT. Mereka tidak dapat menyebut nama-nama benda yang ditayangkan dihadapan mereka.

Adam dengan mudah menyebut nama-nama benda yang diperlihatkan itu apabila diperintahkan oleh Allah.

Dengan itu, para malaikat mengakui mereka tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Allah ajarkan kepada mereka.

No1119

Sesuai sebagai penguasa yang dilantik untuk bumi, Adam dan keturunannya dikurniakan dengan otak.

Otak ialah salah satu organ paling besar didalam badan manusia. Ia mengandungi lebih kurang 100 billion neuron. Berat otak manusia dewasa diantara 1,300-1,400 g.

Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama badan dan juga organ pemproses maklumat pusat badan. Ianya merupakan pusat akal dan minda.

Anak keturunan Adam juga diberikan nafsu. Secara mudah dikatakan keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat.

Akal dan nafsu ini yang digunakan oleh manusia untuk memilih jalan hidup mereka. Keduanya mencorak kehidupan manusia.

Ada keadaan akal dapat mengekang nafsu. Ada keadaan nafsu menguasai akal.

Itu adalah pilihan sendiri makhluk yang dinamakan manusia.

Samada mengikuti jalan yang benar atau mengikuti jalan yang bengkang-bengkok.

BERSAMBUNG…..

Saturday, January 22, 2011

Nabi Adam A.S. [Bab 4] Kenali Iblis Laknatullah

Biodata Iblis Laknatullah.

Nama Iblis Laknatullah.
Tarikh kelahiran Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.
Status diri Fasik kelas pertama.
Agama Kufur.
Tempat tinggal di dunia Hati-hati mereka yang lalai.
Tempat tinggal di akhirat Neraka jahannam.
Kawasan Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah.
Arah perjalanan Tiada haluan dan bengkang bengkok.
Isteri di dunia Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.
Kaum kerabat Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah.
Modal pusingan Angan-angan kosong.
Tempat pertemuan Pasar-pasar.
Musuh ketat Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa.
Motto kerja ‘Hipokrasi asas akhlak’.
Kesukaannya Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya.
Cita-cita Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir.
Kelemahannya Bila orang membaca Istighfar.
Lambang Sebarang tatu.
Pejabat operasi Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat.
Rakan kongsi Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Sumber pendapatan Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba.
Jenis perkhidmatan Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah.
Tempoh perkhidmatan Sehingga hari kiamat.
Matlamat perjalanan Membawa setiap makhluk ke neraka Jahannam.
Teman sejawat Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran.
Ganjaran Dosa dan kemurkaan Allah.
Berkomunikasi dengan Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasud, pedengki dan pedendam.
Makanan kegemaran Daging orang mati dan segala najis dan kotoran.
Yang ditakuti Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal.
Yang dibenci Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah.
Alat perangkap Wanita cantik, model, pelacur, pragawati dan sebagainya.
Saat ajal Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak.
Tugas yang paling disukai Homosex dan lesbian.
Janji-janji Janji kosong, angan-angan dan tipu daya.
Yang membuatnya menangis Bila orang sujud kepada Allah.
 
No1111
 
“Cuba bayangkan, pejabat atau markas operasi Iblis ada kat setiap rumah, pejabat, pasar, komplek membeli belah, istana, mahligai, kat mana-mana ada!” Atok mengingatkan.
 
Atok menyambung “Oleh itu kita disarankan membaca doa sebelum dan selepas kita pergi ke tandas, bilik air dan yang sewaktu dengannya.”
 
Doa ketika hendak memasuki tandas:
”Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kotoran dan syaitan yang keji.”
 
Doa ketika sudah keluar tandas:
”Segala puji bagi Allah yang telah mengeluarkan kesakitan dari ku dan memberi kesihatan.”
 
 “Wallahualam. Tok rasa sampai kat sini dulu. Haus pulak rasanya. Angah, kopi O tu ada lagi ke?”
 
“Ada. Ni tok.” Angah menghulur cawan berisi kopi O yang dah sejuk kepada atoknya.
 
“Mana tok dapat biodata Iblis tu tok?” Along bertanya.
 
“Ada dalam Diari Islamiah tahun 1998. Tok masih simpan lagi maklumat yang ada kat diari tu. Berguna juga.”
 
“Esok nak sambung kisah apa pulak tok?” Alang meminta kepastian.
 
“Nak dengar cerita tok lagi ke?” Atok menduga cucu-cucunya.
 
Su cepat mencelah “Mesti nak le tok!”
 
“Kalau macam tu, esok tok ceritakan, alahai istilah yang digunakan sekarang ini,  haa…..kuiz yang diadakan antara Adam dan para malaikat.”
 
BERSAMBUNG.

Friday, January 21, 2011

Nabi Adam A.S. [Bab 3] Iblis kantoi kerana ego

Selepas makan tengahari Su mengingatkan atoknya “Atok jangan lupa lepas asar, kita sambung kisah Nabi Adam.”

“Nanti le, masa kat kebun nanti tok fikirkan.”

Lepas asar mereka semua berkumpul kat pangkin dibawah rumah. Siap dengan minuman petang sekali.

Nenek tak masuk campur petang tu. Nenek kat dapur nak siapkan biskut siput kegemaran cucu-cucunya.

Atok pun memulakan sambungan kisah Nabi Adam…..

Iblis Laknatullah.

Maka terkeluarlah Iblis dari kalangan malaikat. Iblis laknatullah diusir dari syurga.

Kita telah diberitahu bahawa kejadian malaikat adalah dari cahaya. Iblis pula dari api.

Perbezaan besar dari segi kejadian masing-masing.

IMG_0544 2

Riwayat ada mengatakan bahawa lama sebelum manusia menduduki bumi, ada makhluk lain yang menghuninya.

Lebih kurang seribu tahun selepas makhluk ini baru manusia menduduki bumi.

Makhluk ini asal kejadian mereka dari api. Mereka ini adalah dari golongan ‘jin’.

Mereka ini merosakkan bumi dan saling bunuh-membunuh sesama sendiri.

Kerana itu Allah Taala mengutuskan malaikat untuk tenteramkan bumi dan memenjarakan golongan jin ini disuatu tempat.

Ketua golongan jin yang ditawan pula dibawa naik ke langit.

Ketua jin yang ditangkap ini kuat beribadat dan hingga suatu masa dikatakan diangkat menjadi ketua para malaikat.

Dia dikenali dengan nama Azazil. Dia juga dikurniakan dengan doa yang mustajab.

Dikatakan juga ketika para malaikat mendengar perkhabaran  bahawa Allah SWT berkehendakkan mencipta makhluk baru, para malaikat pergi bertemu dengan Azazil.

Dalam pertemuan itu para malaikat meminta Azazil mendoakan agar mereka termasuk didalam golongan yang tidak akan sekali-kali melanggar perintah Allah.

Azazil berdoa seperti yang diminta oleh para malaikat.

Bila diperintah untuk sujud kepada Adam, Allah kabulkan doa Azazil, dengan para malaikat semua tunduk dan patuh.

Malangnya apabila Azazil berdoa, dia tidak berdoa sekali untuk dirinya.

Akibatnya dia kufur dengan perintah Allah.

Benar! Azazil dan Iblis adalah makhluk yang sama!

Apabila Iblis kufur, Allah melaknatnya dan dia dicop sebagai penghuni neraka.

Si laknat itu menerima hukuman Allah dengan sombong.

Dia memohon kepada Allah agar dia diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan.

Allah membenarkan permohonan Iblis. Tetapi Iblis ternyata bukan dari golongan mereka-mereka yang bersyukur.

Iblis dengan egonya mengancam akan memperdaya dan menyesatkan Adam dan anak-anak keturunannya.

Dia akan memujuk mereka melakukan maksiat dan perkara-perkara yang terlarang.

Dia akan menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur.

Dia juga akan mempastikan anak-anak keturunan Adam malas dan berat hati untuk beramal soleh.

Dia bersumpah akan melakukannya hingga hari kiamat.

Iblis dan pengikut-pengikutnya akan menjadi isi neraka Jahanam dan kekal disana. Nauzubillah min zalik.

Allah menegaskan bahawa Iblis tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba Nya yang telah beriman kepada-Nya dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuan Iblis walaupun Iblis menggunakan segala kepandaiannya menghasut dan memfitnah.

Iblis kantoi bila berhadapan dengan dugaan Allah SWT dan dia bersumpah yang dia akan dengan segala upaya membawa anak-anak keturunan Adam bersamanya ke neraka.

BERSAMBUNG…..

Tuesday, January 18, 2011

Nabi Adam A.S. [Bab 2] Pembangkang pertama

Habis pisang goreng yang dihidangkan. Pisang tanduk yang selalunya tidak berapa digemari oleh budak-budak tu terasa enak bila dimakan beramai-ramai. Tersenyum kedua-dua orang tua yang melihat gelagat cucu-cucu mereka.

“Nak tok sambung cerita Nabi Adam tu?” “Nanti tok. Biar kami uruskan dulu besen dan cawan-cawan ni.” Angah mencelah.

“Takpe Ngah. Biar nenek yang buat. Kamu semua duduk disini sahaja.”

“Haa…. atok boleh stat sekarang.” Su memberi cadangan.

Maka atok pun menyambung ceritanya…..

Malaikat Izrail.

Ada riwayat yang menyatakan, malaikat Izrail merasa susah hati kerana amanah yang diberikan oleh Allah kepada beliau. Malaikat itu susah hati kerana jika terjadi kematian kepada anak cucu Adam, beliau akan dipersalahkan. Ini akan membuatkan manusia membenci beliau.

Allah Taala menenangkan Izrail dengan menyatakan bahawa setiap kematian anak cucu Adam akan bersebab. Kemalangan, sakit, tua dan lain-lain.

Manusia tidak akan menyalahkan Izrail atas sebab-sebab tersebut. Barulah Izrail merasa tenang. Wallahualam.

Setelah Allah menghidupkan Nabi Adam, para malaikat diperintahkan untuk sujud kepada makhluk baru ciptaan Allah ini.

Sujud sebagai menghormati bukan sujud ibadah.

Para malaikat menyahut perintah Allah SWT itu. Semua mereka tunduk dan patuh.

Ada makhluk membangkang.

Bila Allah memerintahkan para malaikat bersujud kepada Adam, ada makhluk yang enggan melaksanakan perintah itu.

Makhluk ini merasakan dirinya terlebih baik dan terlebih mulia dari mahkhluk baru ini.

Makhluk ini yang memulakan apa yang dikatakan konsep ‘perbandingan’. Ia berkata: “Aku lebih mulia dan lebih baik dari dia. Kejadian aku dari api walhal dia dari lumpur.”

Kerana keegoan yang tinggi, makhluk ini mendapat laknat Allah, dikeluarkan dari kalangan malaikat dan diusir dari syurga.

No1101

Makhluk itu adalah Iblis!

“Atoknya, dah nak senja. Cukuple tu. Kata nak ke surau. Tak nak bersiap ke?” Nenek mengingatkan atok.

BERSAMBUNG…..

Monday, January 17, 2011

Nabi Adam A.S. [Bab 1]

“Tok!” jerit Along. Orang tua itu menoleh kepada cucunya yang sedang duduk di pangkin di bawah rumah. “Sini le tok”.

“Long nak apa? Tok nak solat asar dulu. Dah lewat ni!” Orang tua itu terus masuk kedalam rumah.

“Long nak apa tadi.?”  “Saja je tok. Saja-saja nak berbual dengan tok.”

“Mana adik-adik kamu?”  “Kat dapur, tolong nenek  sediakan minum petang.”

Along, Angah, Alang dan Su berada di kampung ibu mereka. Cuti semester dan cuti persekolahan, mereka berempat bercadang untuk berada disana selama beberapa hari.

“Tok cerita le tok, apa-apa cerita yang tok ingat.” “Ish kamu ni! Kan tok dah ceritakan semuanya masa kamu kecik dulu.” “Takpe le tok. Buat macam siaran ulangan je.”

“Tak nak tunggu Angah, Alang dan Su dulu?” “Mereka lambat tu tok. Sedang menggoreng pisang. Lama lagi tu.”

Orang tua tu tergaru-garu kepalanya yang tak gatal. Terfikir dek dia, cucunya semua dah besar. Sekarang ni jika nak bercerita kena ada fakta yang betul. Masa cucu-cucu kecik dahulu, fakta tak perlu tepat sangat. Dalam fikirannya berkata, dulu lain, sekarang lain.

Along dapat merasakan dilema yang dihadapi atoknya. “Tok cerita je kisah Nabi Adam. Rasanya Alang dan Su tak pernah dengar lagi cerita tok.” Along memberi cadangan.

Orang tua tu mengangguk-angguk kepalanya.

Maka atok pun mulai bercerita.

Kisah Nabi Adam a.s.

Allah SWT mengumumkan kepada malaikat kehendak-Nya mahu mencipta makhluk baru.

Para malaikat terkejut dengan pengkhabaran itu. Mereka berasa gelisah kerana mereka takut Allah Taala mencipta makhluk baru ini kerana para malaikat lalai dari memuji dan beribadat kepada Allah.

Allah memaklumkan bahawa makhluk baru ini akan menjadi khalifah di bumi. Menguruskan segala khazanah disana dan memakmurkan bumi mengikut peraturan yang disediakan oleh Maha Pencipta.

Para malaikat terkejut sekali lagi mendengar berita itu.  Mereka mahu mendapatkan kepastian lalu berkata kepada Allah SWT. “Adakah Maha Pencipta mahu mencipta makhluk yang akan melakukan kerosakkan di mukabumi dan saling bunuh membunuh sesama sendiri dan menghancurkan dunia?”.

Allah menghilangkan kegelisahan para malaikat  dengan firman-Nya: “Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang megetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. …..”

Ada riwayat mengatakan Allah telah mengutuskan malaikat untuk mengambil tanah di bumi untuk mencipta makhluk baru itu.

Bila sahaja malaikat itu mahu mengambil tanah yang dimaksudkan, bumi berkata: “Aku tidak mengizinkan sebahagian dari aku digunakan untuk mencipta makhluk yang akan merosakkan permukaan aku dikemudian hari.”

Lalu pulanglah malaikat itu menghadap Allah menyatakan keengganan bumi memberi tanahnya.

Malaikat kedua yang diutuskan oleh Allah pun pulang dengan hampa. Lalu Allah mengutuskan malaikat seterusnya.

Malaikat ini mengambil dengan paksa tanah dari tujuh bahagian di bumi untuk makhluk ciptaan Allah.

Malaikat yang berjaya mengambil tanah itu dikatakan bernama Izrail. Dan Allah menugaskan malaikat ini mengambil nyawa manusia dan mengembalikannya kepada bumi bila tiba masa yang ditentukan-Nya. Malaikat ini lebih dikenali dengan panggilan Malaikat Maut.”

No1100

Allah menciptakan Adam dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam. Setelah disempurnakan bentuknya, ditiupkan roh ciptaan Tuhan kedalamnya. Maka berdiri tegaklah ia menjadi manusia yang sempurna.

“Atok minum.” Angah menghulur secawan kopi-O pekat kepada Atok.

“Jom kita minum dulu Long. Nampak menyelerakan pisang yang digoreng oleh Angah ni.”

“Atok ni bukan nak tunggu kami. Kami pun nak jugak dengar cerita Nabi Adam tu.” Alang mencelah. Su mengangguk-anggukkan kepala bersetuju.

“Alang dan Su jangan merajuk. Lepas minum nanti tok sambung kisah Nabi Adam. Tok nak cerita jugak mengenai satu makhluk ni yang mempunyai ego yang sangat tebal dan suka banding membanding sesama makhluk dan merupakan pembangkang yang besar.”

BERSAMBUNG…..