10 Jenis Ganjaran Kerana Memuliakan Zulhijjah
Berkata sebahagian ulamak, “Sesiapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah nescaya ia akan dianugerahkan oleh Allah dengan 10 jenis keistimewaan iaitu…..
- Berkat pada umurnya.
- Bertambah rezekinya.
- Kehidupan rumah tangganya akan terjamin.
- Dapat membersihkan diri dari dosa serta kesalahan yang lepas.
- Amal ibadat serta kabajikannya akan digandakan.
- Allah akan memudahkannya pada saat sakaratul maut.
- Allah akan menerangi kuburnya selama ia berada di alam barzakh.
- Allah akan memberatkan timbangan amal kebajikannya bila berada di mahsyar.
- Selamat dari kejatuhan kedudukannya di dunia.
- Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ |
10 Sebab Kenapa Doa Ditolak Oleh Allah S.W.T.
Berkata Ibrahim b. Adham, “Wahai penduduk Basrah! Hati kamu semua telah mati kerana ditutupi oleh 10 perkara, oleh sebab itulah doa kamu tidak diperkenankan Allah. Ketahuilah 10 perkara itu ialah…..
- Kamu semua telah mengenal Allah tetapi kamu tidak pernah menunaikan hak-hakNya.
- Kamu semua membaca al Quran tetapi tidak pernah mengambil iktibar dan pengajaran daripada isi kandungannya.
- Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi sebaliknya kamu telah meninggalkan sunnahnya.
- Kamu semua mengaku bahawa syaitan itu adalah musuh ketat kamu tetapi masih ada diantara kamu yang mengikuti jejak langkahnya.
- Kamu semua terlalu mengharapkan syurga tetapi tidak pernah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan kamu ke syurga.
- Kamu semua menyangka bahawa kamu akan terselamat dari neraka jahannam tetapi diantara kamu masih ada yang melakukan amalan-amalan ahli neraka.
- Kamu semua juga mengaku bahawa kematian itu adalah perkara benar tetapi sedikitpun kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
- Kamu semua sentiasa saja mencari keburukan dan kecelaan saudara-saudara kamu tetapi tidak pernah cuba mencari kecelaan sendiri.
- Kamu semua telah merasai dengan begitu banyak sekali nikmat pemberian dari Allah S.W.T tetapi tidak pernah sekalipun kamu mahu bersyukur kepadaNya.
- Kamu semua telah mengusungkan jenazah ke perkuburan lalu mengkebumikannya tetapi kamu tidak pernah mahu mengambil iktibar dari peristiwa itu.
########################################### |
10 Jenis Kelebihan Menghubungkan Silaturrahim
- Mendapat keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim demikian juga dengan penduduk langit dan bumi.
- Menggembirakan para malaikat kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan tali silaturrahim.
- Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.
- Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
- Menambah keberkatan pada rezekinya.
- Allah akan melanjutkan usianya.
- Menjadikan Iblis bertambah gelisah dan sakit hatinya.
- Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
- Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh kerana mereka amat menyukai kepada silaturrahim.
- Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih afdal melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.
(Sumber: Diari Islamiah 1998)
No comments:
Post a Comment