10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah
Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menghalangnya dari mengerjakan perbuatan keji dan mungkar maka sesungguhnya solat itu hanyalah menambahkan kemurkaan Allah kepadanya dan ia semakin jauh dari Allah.”
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang lain, “Sesiapa yang memelihara solatnya maka solat itu akan menjadi cahaya, petunjuk dan jalan selamat baginya tetapi bagi sesiapa yang tidak memelihara solatnya maka solat itu tidak akan memberi cahaya, petunjuk dan jalan selamat untuknya.”
Sabda Rasulullah s.a.w., “10 golongan yang tidak diterima solatnya oleh Allah S.W.T. iaitu…..
- Orang lelaki yang solat sendirian dengan tidak membawa (memakai) sesuatu.
- Orang lelaki yang menunaikan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
- Orang lelaki yang menjadi imam sedangkan makmum dibelakang membencinya.
- Orang lelaki (hamba) yang melarikan diri dari tuannya.
- Orang lelaki yang meminum arak dan tidak mahu meninggalkannya (bertaubat).
- Orang perempuan yang suaminya masih marah kepadanya.
- Orang perempuan yang menunaikan solat tanpa memakai tudung.
- Orang lelaki yang menjadi imam atau pemimpin tetapi berlagak sombong, zalim serta suka menganiaya.
- Orang yang suka memakan riba.
- Orang yang solatnya tidak boleh menahannya dari melakukan perbuatan keji dan munkar.”
############################################ |
10 Jenis Golongan Termasuk Kafir
Sabda Rasulullah s.a.w., “Ada 10 jenis golongan manusia dari umatku ini yang mana mereka telah termasuk dalam golongan kafir terhadap Allah sedangkan mereka masih mengira bahawa mereka adalah dari golongan yang beriman. Mereka itu ialah…..
- Membunuh tanpa jalan hak (batil).
- Tukang sihir.
- Suami yang tidak merasa cemburu terhadap isterinya (dayus).
- Orang yang menahan dirinya dari mengeluarkan zakat.
- Orang yang meminum arak.
- Orang yang telah cukup syarat untuknya menunaikan haji tetapi masih mahu menangguhkannya lagi.
- Orang yang suka membuat fitnah.
- Orang yang menjual senjata kepada musuhnya (belot).
- Orang yang bersetubuh dengan isterinya melalui dubur.
- Orang yang menikahi perempuan yang menjadi muhrim kepadanya (ada hubungan kekeluargaan).
############################################ |
10 Jenis Kecelaan Meminum Arak
Imam Abu Laits telah memperingatkan tentang 10 kecelaan akibat dari meminum arak iaitu…..
- Peminum arak akan menjadi seperti orang gila kerana akalnya tidak berfungsi dengan baik dan tercela pada pandangan orang waras.
- Meminum arak adalah perbuatan membazir kerana membeli sesuatu yang tidak membawa manfaat malah mendatangkan mudarat.
- Boleh menimbulkan permusuhan dan persengketaan.
- Menjadikan peminumnya lalai dari mengerjakan solat dan mengingati Allah.
- Boleh menjerumuskan seseorang itu ke lembah perzinaan serta berlakunya keruntuhan rumahtangga.
- Arak adalah anak kunci pada segala kejahatan, bila akal sudah tidak waras maka peminumnya akan melakukan apa sahaja seperti merompak, merogol, membunuh dan sebagainya.
- Meminum arak menyebabkan malaikat menjauhkan dirinya dari kita maka bagaimanakah nasib kita bila rahmat Allah semakin jauh.
- Peminum arak akan dijatuhi hukuman rotan sebanyak 80 sebatan, jika ia terlepas di dunia maka di akhirat kelak ia akan mendapat balasan yang lebih dahsyat lagi.
- Selama 40 hari amal kebajikannya tidak akan diangkat oleh malaikat kepada Allah.
- Dikhuartirkan ia akan mati dalam keadaan kafir sebelum sempat bertaubat.
(Sumber: Diari Islamiah 1998)
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment