Syaaban akan meninggalkan kita. Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan atau dikenali juga sebagai bulan puasa.
Ramadan adalah bulan umat Muhammad SAW.
Bersabda Rasulullah SAW bermaksud, “Apabila tiba bulan Ramadan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan.”
Sabda baginda dalam hadis yang lain, “Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadan.”
- Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1,000 kali ganda.
- Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
- Ramadan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.
- Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
- Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
- Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada didalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
- Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
- Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
- Menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.
Sama-samalah kita merebut ganjaran yang ditawarkan oleh Allah Taala kepada kita umat Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah, keampunanNya dan paling utama pembebasan dari siksa api neraka.
Wallahualam.
[Sumber: Dairi Islamiah]
No comments:
Post a Comment